Saturday 15 September 2012
Slot ICE BREAKING.
aktiviti sesi bimbingan pelajar. ponteng sifar.
slot luahan pelajar .
sekian terima kasih.
sajak sahabat yang soleh
Etika PRS
- Amanah dan menyimpan rahsia.
- Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
- Memahami batasan dan keupayaan diri.
- Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
- Melaporkan kepada Kaunselor Sekolah tentang kes yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain.
- Merujuk kes rumit kepada kaunselor sekolah.
- Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
sekian terima kasih .
peranan PRS SEMESTA
- Sebagai khidmat sokongan, kita perlu membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
- Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
- Sebagai pelajar contoh kepada pelajar yang lain.
- Menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
Matlamat dan objektif SEMESTA
MATLAMAT SEMESTA
Mewujudkan kerjasama di kalangan warga sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang akademik, mapan sahsiah,kokurikulum, mahir ICT dan berdaya saing.
OBJEKTIF SEMESTA
Meningkatkan tahap pencapaian akademik dan kokurikulum ke tahap terbilang.
Membentuk budaya pelajar agar mempunyai sikap dan disiplin diri yang positif, penyayang dan saling menghormati dan disiplin diri yang positif.
Penglibatan pelajar secara menyuluruh dalam aktiviti kokurikulum yang terancang untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang sukan, unit beruniform, persatuan dan kelab.
Memberi peluang kepada pelajar menguasai bidang ICT melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan yang disediakan.
SEKIAN TERIMA KASIH
visi dan misi SMK SERI TANGKAK
VISI SEMESTA
“Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”
MISI SEMESTA
Menjana Kecemerlangan Insan Melalui Pendidikan Berkesan:
Mengamalkan perkhidmatan pengurusan pendidikan berkualiti
Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
Mengendalikan kegiatan kokurikulum yang terancang
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
Membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji.
SEKIAN TERIMA KASIH
lagu sekolah SMK SERI TANGKAK
SEMESTA JAYA
Kami Puter Puteri Semesta Jaya
Bertekad berikrar dan berjanji
Bersama mencipta kecemerlangan
Bersama menempuh segala rintangan
Kami putera puteri SEMESTA jaya
Cita kami seluas angkasa
Tekad di hati bak besi nan waja
Usaha kami setiap masa dan ketika
c/o
Kami telah bertikad meneruskan segala
Budaya yang mulia yang kami amalkan
Kami teruskan wawasan pendidikan negara
ditangan kamilah Malaysia akan berjaya
Pimpinilah kami pendidik sejati
Padamu kami sandar harapan
Ikhlas dan rela meneruskan bakti
Jasa guru tetap kami jadikan sanjungan.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Sejarah SMK SERI TANGKAK
SEJARAH SMK SERI TANGKAK (SEMESTA)
Dalam perancangan awal tanah seluas 80 ekar adalah untuk pembinaan tapak baru Maktab Perguruan Mohd Khalid. Sekolah ini dirancang pembinaannya pada tahun 1995 yang bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di kawasan bandar Tangkak dan kawasan yang berhampiran. Pada masa itu di bandar Tangkak hanya terdapat dua buah sekolah menengah iaitu SMK Tun Mamat dan SMK Ledang. Pertambahan bilangan pelajar terus meningkat dari setahun ke setahun. SMK Seri Tangkak dibina di atas tapak seluas 15 ekar demi untuk menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai disekitarnya. SMK Seri Tangkak mula dibina pada 28.8.2000 dan siap pembinaannya pada 28.8.2001. penyerahan premis ini telah dilakukan pada 13.12.2001 kepada JPN Johor dan mula beroperasi pada 1.1.2002.
SEKIAN TERIMA KASIH
selamat datang
Subscribe to:
Posts (Atom)